Kehidupan awal Syed_Saddiq_Syed_Abdul_Rahman

Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik, tiga lelaki dan seorang perempuan. Bapanya merupakan seorang buruh binaan warga Singapura yang sering berulang dari Johor ke Singapura untuk bekerja. Ibunya merupakan seorang guru Inggeris yang mengadakan kelas tuisyen sehingga lewat malam bagi mendapatkan wang tambahan.[3] Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semasa beliau menuntut di UIAM, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia.[4]

Pada September 2017, beliau menolak tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England untuk terus aktif dalam politik.[5] Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 tahun, Syed Saddiq sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain, kali ini menolak tawaran Biasiswa Chevening untuk meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.[6]

Rujukan

WikiPedia: Syed_Saddiq_Syed_Abdul_Rahman http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/cr... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/1... http://undi.info/# http://www.sinarharian.com.my/nasional/keluarga-re... http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/06/12/i... http://pribumibersatu.org.my/mpt.php http://syedsaddiq.my